Thursday, August 23, 2012

Kerana jodoh itu ditangaNYA....:-)

Mungkin umur kita dah sebegini.. ataupun kerana sudah berubah fasa… ataupun masanya sudah pun tiba… tidak kira di mana sahaja kita berada…. apabila mereka tidak melihat cincin di tangan.. atau bersama sesiapa bergandingan tangan.. pasti soalan itu yang ditanya kepada kita… bila masanya yang istimewa bakal tiba buat kita.. dan kita hanya mampu tersenyum tawar, mengucapkan istighfar, dan mengaminkan doa mereka, moga-moga detiknya itu dimudahkan dan disegerakan Allah, bila tiba masanya. Dan dahulu aku ingat, cuma mereka yang dalam tarbiyah ini sahaja melalui kerisauan ini.. kerisauan tidak bertemu sesiapa hingga ke tua.. kerana terlalu aktif kerana terlalu sibuk terlalu tak menarik perhatian.. ( mana kita ada pakai make up dan pakai baju warna warni sangatkan?) dan kerana terlalu ramai bilangan akhawat berbanding ikhwah.. namun tak tersangka, ramai juga manusia lain, mengajarkan aku bahawa, setiap wanita itu memerlukan Adamnya, yang dapat menenangkan jiwanya, dan penolong hidupnya melalui bahtera hidup yang panjang ini.. ‘ Akak tak kisah siapa orang itu. Akak tak kisah dia miskin ke tak handsome ke, asalkan ada orang nak kahwin dengan akak!’ Tergamam aku mendengar kata-kata seorang kakak padaku, ketika aku mendengar luahan perasaanya. umurnya sudah 30an, masih belum bersuami. Tidak ada boyfren pun! Aneh betul, isu kahwin ini adalah satu polemik biasa di kalangan mereka yang bujang, satu perkara yang menjadi tanda tanya yang besar, dan penantian yang menyeksakan bagi sebahagian besar kaum wanita. Dan kerisauan ini sedikit sebanyak merencatkan emosi dan menjadikan fikiran tidak berfokus. Dan keadaan ini bertambah kronik tiap kali detik umur bertambah… setahun.. demi setahun.. Dan untuk mereka yang mempunyai jadual dakwah yang padat di dalam diari hidupnya, perkara ini amat menganggu emosi dan fikiran yang sepatutnya diberikan kepada mad’u-mad’u. Dan seseorang pernah berkata kepada saya.. kunci kepada persoalan ini adalah… KESABARAN… kerana Allah PASTI mendatangkan jodoh yang terbaik buat kita.. bila tiba masanya.. walaupun kita dah tak tahan sangat dah! ( opps. .. sorry gune bahasa ni!) Kerana ramai juga yang terperangkap, futur dan tenggelam dari jalan dakwah ini kerana perkara ini! ‘ ana rasa ana tak layak untuk ikhwah!’ ‘ Ana rasa kalau ana tunggu ikhwah, sampai bila-bila ana takkan dapat kahwin, so ana akan terima sahaja pinangan sesiapa untuk ana…’ ‘ ana pun seorang manusia kak, perlukan seorang teman hidup. Ana tak rasa ada ikhwh nak kat ana ini, dah lah ana ni tak bagus, buruk pulak tu…’ Memang inilah ujian terbesar buat ramainya wanita/akhawat.. keluarga mula bertanya… masyarakat mula memandang.. jiwa makin resah gelisah.. bertambah gulana, melihat teman-teman sudah mula berpasangan.. beranak pinak.. dan di benak kita, kita mula berfikir.. bilalah pula masa kita…. Dan tentu dalam hal ini, tentu kita perlu berusaha, apabila jodoh itu belum sampai. -Mencari orang tengah untuk mencarikan buat kita. Samada ibu bapa kita, naqib/ah kita, ataupun sesiapa yang dekat dengan kita. -Kemudian berdoa kepada Allah dengan sepenuh kesungguhan, moga-moga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat kita, dunia dan akhirat. لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ “Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa” Dan kuncinya adalah sabar… sehinggalah Allah menemukan kita dengan si dia… Dan apabila tiba masanya ( insyaallah ia akan tiba!)… ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya! terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan.. terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti.. jadi ke tak jadi.. cepat ke lambat.. dan pelbagai lagi.. Apsal tetiba ada orang lain kcau pula… menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun.. dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi… kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu.. ujiannya bertambah-tambah.. keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak.. dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya… walaupun tidak ada keperluan pun.. dan disitulah letaknya sabar.. tawakal… dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah.. di situlah juga aku melihat, manisnya kuasa istikharah itu… “Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.” ( Hadis) “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat” (HR.Thabrani). Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu… dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam.. bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita.. Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita…. Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu.. sabar. tawakal dan yakin akan ketentuan Allah... hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah.. Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita. Pasti! “Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca: Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.” Ya Allah, temukanlah aku dengan teman hidup yang terbaik buat diriku, yang dapat melayari bahtera dakwah ini bersamaku, dapat menghirup bauan taman syurgaMu dan dapat bersama-sama bertemuMu di akhirat kelak nanti Ya allah…Ameen Ya Rabb… PSS; untuk ‘mereka-mereka’… moga kita ditemukan jodoh yang terbaik buat kita ya? insyaallah..terutamanya for my murobbiyah..cepat2 ya..agar anak2nya boleh isi tempat kosong it..he2

No comments:

Post a Comment