Sunday, December 6, 2009

SELAMAT HARI JADI SAHABATKU....

UNTUKMU YANG BERNAMA TEMAN,
INGIN AKU HADIAHKAN SEBAIK-BAIK KALUNGAN,
SEINDAH-INDAH ANYAMAN,
DARI SEHARUM-HARUM BUNGA,
KERANA HATI YANG TERPAHAT INI,
SABAN HARI SEMAKIN MENYAYANGI,
NILAIAN YANG SAMA-SAMA KITA KECAPI,
KENANAGAN YANG TAK SUDAH-SUDAH KITA LAKARI.
***************************************************
KHAS BUAT SAHABAT YANG ANA SAYANGI DAN CINTAI KERANA ALLAH…
RAIHANA……
SELAMAT HARI JADI YANG KE-23 SAHABATKU..
MOGA PANGANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI…
MOGA UKHWAH KITA KEKAL ABADI…

Monday, October 12, 2009

HAWA...


Hawa.....

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah istei yang meringankan beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar mmperjuangkan ad-din Allah.

Hawa.....

> Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa.....

Lelaki yang baik tida melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilaiwanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan....

> Oleh itu hawa,jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlah cinta ibua bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.....Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.Cintilah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga......

JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI....

Wallahua'lam..

Wednesday, July 22, 2009

AYAT-AYAT CINTA YANG TERBIAR....

Sudah lumrah kpd yang bergelar pelajar,tambahan lagi kpd mereka yang telah berikrar utk mewaqafkan diri mendaulatkan ISLAM..Kita telah dihambat dgn seribu kewajipan,samada diduga ataupun tidak..pelbagai kewajipan perlu kita tunaikan utk diri,usrah,rakan sekuliah,persatuan,jemaah,tarbiyyah,akademik dan bermacam lagi..sume ini menuntut tahap pengorbanan yang amat tinggi,tanpa kerelaan atau kesanggupan utk menggadaikan kepentingan diri,sudah tentu kita x dpt menunaikan sume taklifan ini…adakalanya kita as daie fillah diuji dgn perasaan yg berbolak balik,kekadang mmg x dpt dinafikan kita terpedaya dgn bisikan dan hasutan syaitan,yg sentiasa menghasut jiwa2 yg ikhlas berjuang demi ISLAM,begitulah yg terjadi kpd diriku yg lemah ini..

Terkadang,di kala diri ini keseorangan,mulalah ku berfikir yg bukan2,terfikir aku x layak,lemah,bnyak buat kesilapan,nak tarik diri dan berundur dr landasan ini..tetapi segala perasaan ini lenyap ketika mana aku bertemu semula dgn sahabat2 seperjuangan,saat2 manis bersama kalian dpt mengembalikan semula semangatku..shukran ya sahabati,mungkin inilah hikmahnya hidup dalam jemaah,saling memperkuatkan antara satu sama lain…alhamdulillah

Sedarkah kita,betapa Allah amat mengasihi hamba2NYA yang ikhlas berjuang menegakkan agamaNYA…Allah sama sekali x akan membiarkan hamba2NYA begitu sahaja…6666 ayat2 cintaNYA telah dicatatkan dalam kitab suci sepanjang zaman iaitu AL-QURAN..adakah kita as daie selalu menatapnya????

Dalam Al-quran tercatat pelbagai macam kisah yang boleh mengubati keresahan dan rasa gundah gulana,marilah kita meluahkan rasa sedih dan duka kita dgn menatap ayat2 cinta dari Allah…Ayat2 cinta ini dapat mengubat dan membuahkan ketenangan ke dalam hati kita…Disini ku kongsikan beberapa persoalan yang sering berlegar dalam fikiran kita..moga sedikit sebnyak dapat memulihkan semangat DIRI & sahibuddakwah sekalian..

kita bertanya,Al-quran menjawab..

1. kenapakah aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

2. kenapakah aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?

“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..(Al-baqarah:216)

3. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”..( Al-baqarah:216)

4.kenapakah aku merasa kecewa?

“janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman”..(Al-imran:139)

5. bagaimanakah aku harus menghadapinya?

”Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah,supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”..( Ali-imran:200)

” dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yang khusyuk”…(Al-baqarah:45)

6. Apakah yang aku akan dapat drpd semua ini?

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka”…( At-taubah:111)

7. kepada siapakah aku harus berharap?

”Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dariNYA,hanya kpdNYA aku bertawakkal”…(At-Taubah:129)

8. Aku tidak dapat tahan lagi!!!

”…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”…( Yusuf: 12)

–moga ayat2 cinta dari pencipta seluruh alam ini menjadi penawar duka dan resah buat DIRI ini dan pejuang ISLAM,sama-samalah kita mentaddabbur ayat-ayat cinta dariNYA supaya ruh perjuangan ISLAM x bisa luntur dari jiwa-jiwa setiap ansarullah…takbir!!!!


YA Allah,

hambamu yg hina dan lemah ini,

menadah tangan mengharapkan keampunan drMU atas segala kesilapanku selama ini

Engkau ampunilah segala dosa2 ku,ibu dan ayahku dan seluruh ahli keluargaku

Ampunilah dosa2 seluruh umat islam ya Allah…

dibulan yg penuh rahmat dan berkat ini kami sujud menyembahMU Ya Allah..

berilah kami kekuatan utk mengecapi nikmat yg telah engakau limpahkan di bulan yg mulia ini..aminn

Sunday, July 19, 2009

JIWA YANG SEPI.......

LANGKAH DEMI LANGKAH....
KU SUSUN SENDIRI,
PENUH SABAR DAN HARAP,
NAMUN,SEPI KIAN MEMBELENGGU...
WALAU BINTANG DAN BULAN..
MATAHARI DAN CAHAYANYA
TIDAK PERNAH LEKANG MENEMANIKU...
YA TUHANKU...
PASRAH AKU PADAMU...
SEPI INI MENGAJAR KU..
ERTI KEHIDUPAN
ERTI PERJUANGAN
ERTI PENANTI
ERTI KEMATANGAN FIKIRAN....

Monday, May 11, 2009


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Sunday, April 26, 2009

DENGARLAH LUAHAN HATI KU INI...


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…


Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)




Thursday, April 23, 2009

Keluaran Edisi Terhad Untuk Sahabat2 Seperjuangan KU....


salam....=)

Alhamdulillah..hari ini hari yg membahagiakan dan menggembirakan sekeping hati ini...
dapat jumpa dengan sahabat2 yg dsygi...

berbuka puasa sama2....

dh lama x berkumpul bersama ...
happy dapat jumpa td..
walaupun jap je..
tp puas la juga..dr xdpt jumpa langsung..

walaupun dekat, tp kadang2 bz, byk keje..minggu exam lah katakan..

mcm2 lah yg menghalang..

alhamdulillah...akhirnya td dpt juga jumpa...


terima kaseh byk2 buat sahabat2 yg ana sygi juga...

fiza..
aida...
bibing..
kak fah..hehehe jgn mrh..
fae..
yanie
zubaidah...
wanie(x dpt datang..ada mslh yg x dpt di elakkn)hehehe

..



Ya Allah...

kau berkati dan redhailah persahabatan kami ini...

semoga ikatan yang terus terjalin ini akan kekal selamnya...

dan sentiasa didalam naungan rahmat Mu Ya Rabb...

sayang semua=)

Saturday, April 18, 2009

BICARA HATI KU...


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu....

Saturday, April 11, 2009

DI SEBALIK CERITA DORAEMON.....



emm.....best juga ya..tgo cite doraemon ni...hehehe..
lucu ba...

Tapi apa yg dapat ana nak kongsi ngn sahabat2 sekalian...
berdasarkn cerita ni..
banyak pengajaran yg dapat kita perolehi..

pertama sekali....

Konsep syukur nikmat.
dalam cerita doraemon ni...nobita selalu dapat apa yg dia inginkan...dia nak apa saja..mesti doraemon bagi...baiknya kan doraemon ni..hehehe..tapi,si nobita ni selalu menyalahgunakan apa yg dia minta dengan doraemon ni...
apa yg dapat ana aplikasikn dalam cerita ini..

Sejak kita mengenal dunia ini tersangat banyak nikmat yang telah Allah anugerahkan. Namun hanya sedikit yang bersyukur kepada Allah SWT. Alangkah mulianya kalau kita terhindar dari golongan kufur nikmat.

Sedikitnya hambaNya yang bersyukur dijelaskan oleh Allah SWT dalam ayat berikut:

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.(Al-A'raaf: 10)

Sedangkan banyaknya nikmat yang kita kecapai kurniaan dari Allah sehingga tidak terhitung :

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni`mat Allah).(Ibrahim : 34)

Tanda-tanda orang yang tidak mensyukuri nikmat dan kufur nikmat, menurut Imam al-Ghazali, tidak cukup dilihat dari keengganannya mengucapkan "Alhamdulillah" . Tetapi juga kerana menggunakan kenikmatan pada jalan yang tidak diridhai Allah. Kenikmatan fikiran yang sihat, contohnya, banyak digunakan oleh orang yang kufur nikmat untuk memikirkan hal-hal yang tidak diridhai Allah...

Yang kedua....

Kelemahan umat islam berbanding bangsa yahudi.....

Dalam cerita Doraemon ni,nobita selalu saja ditindas oleh gaint..aduhai...kasianya nobita..sinyu plak,emmm....suka mengampu gaint...mcm mane ni...hehehe..kenape nobita selalu di buli oleh gaint?sedangkan nobita blh saja minta apa2 saja ngn doraemon tu....kenape nobita blh lemah....??????

ini lah kita,umat islam yg sentiasa di tindas..mcm cerita nobita dengan gaint la.nobita ada kuasa..namun,kenapa nobita x pernah menggunakn kuasa tersebut.. kita sering ditanya, bilangan umat Islam di dunia ni ramai, tapi mengapa umat Islam itu sendiri yg sering ditindas?serba sedikit punca kelemahan umat Islam, buat muhasabah kita bersama.. terlalu banyak yang perlu kita perbaiki...

1)UMAT ISLAM LUPA DIRI Umat kita telah melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia.

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri” (al-Hasyr: ayat 19)

2) UMAT KITA DILIHAT DARI KEMAJUAN MATERIAL

3) KEKUATAN AKAL KITA DI SIA-SIAKAN
Kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru. Tidak mahu berijtihad, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain, baik fikiran pendahulu kita ataupun masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri.

4) KEKUATAN AMAL KITA DI SIA-SIAKAN
Kita banyak bicara dan sedikit kerja. Banyak bercakap dan berdebat.

5) KEKUATAN EKONOMI KITA DI SIA-SIAKAN
hidup di bumi terbaik, yang paling baik daerahnya, paling subur tanahnya, paling kaya bahan galiannya, tetapi tidak memanfaatkan kekayaan itu.

6) KEKUATAN TENAGA KITA SIA-SIAKAN

kita selalu membangga diri dengan jumlah yang sangat ramai, tetapi apalah ertinya jika membuat hal masing-masing tanpa mempedulikan orang lain.

Jamaluddin al-Afghani berkata: “Jika kekuatan jutaan kamu itu berupa lalat yang meraung-raung di telinga Inggeris, tentu kamu akan berhasil memecahkan telinga mereka”.

7) KEKUATAN JIWA KITA SIA-SIAKAN
kita tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat al-Quran, tetapi tidak menghias kehidupan kita dengan al-Quran. Kita membacakan al-Quran untuk orang-orang mati, tetapi tidak mengajarkannya kepada orang-orang hidup! Kita berusaha memiliki al-Quran, membawanya berkah, padahal berkah yang hakiki terletak dalam mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan Nya.
cinta dan keinginan pada hal-hal yang gemerlapan, lebih senang hidup bermegah-megah yang dinamakan oleh hadith itu sebagai “wahan” dan ditafsirkan sebagai “Cinta dunia dan takut mati!”
tidak menghairankan, kalau umat yang terbilang seribu juta itu, terdiri dari umat yang berlutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta!.

8)TANGGUNGJAWAB PARA PENGUASA
mereka merupakan lambang keadaan masyarakatnya.

9) TANGGUNGJAWAB PARA ULAMA
Salah seorang bertanya pada seorang penguasa tentang kekuatan al-Imam al-Hasan al-Bashri dan ketegasannya yang tidak tergoyah. Maka Gabenor negeri itu menjawab secara terus terang: “Kami perlukan agamanya, tetapi dia tidak perlukan dunia kami”.

10) TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
Pada suatu hari seorang pendengar menegur gurunya selesai memberikan ceramahnya, katanya: “Saya telah mendengar dan mengikuti ceramah yang tuan berikan selama tiga puluh tahun, lalu apa yang telah tuan lakukan?”

Jawapan guru itu membuat muridnya terdiam, katanya, “Kalau telah tiga puluh tahun mendengarkan ceramahku, lalu sudah sejauh mana kamu melakukannya?”

11) TIADA PENGHISABAN DIRI
Ulama’ zaman dahulu berkata: “Orang mukmin sangat keras memperhitungkan dirinya, lebih dari seorang penguasa yang diktator dan dari seorang sekutu yang kikir.”

12)PERPECAHAN DAN PERSELISIHAN
Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka hanya anggota jamaahnya, dia saja “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.Alangkah baiknya jika masing-masing bebaik sangka terhadap yang lain, saling bertimbang rasa (toleransi) meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong menolong dan tegur menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi masalah-masalah yang besar, iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu padu dalam menghadapi serangan musuh.

13) KURANGNYA PENYELIDIKAN DAN PROGRAM
Kita harus sentiasa mengadakan penyelidikan tentang perkembangan keadaan umat Islam, keadaan pergerakan Islam dan keadaan serta kekuatan pihak yang memusuhi Islam. Semua keterangan dan maklumat itu, dianalisa secara ilmiah dan bertanggungjawab, sehingga diperoleh hasil yang diperlukan untuk digunakan sebagai acuan dalam melaksanakan langkah selanjutnya.

Kita bekerja tanpa rencana dan program, sedang lawan-lawan kita tidak demikian, akhirnya hasil perjuangan kita jatuh ke tangan mereka, dalam keadaan kita tidak menyedarinya.

14) TERBURU BURU
Kita menanam pada pagi hari dan ingin memetik hasil pada petang harinya. Ini bertentangan dengan hukum Allah dalam alam yang sudah diterima oleh seluruh umat manusia.

15) BERLEBIH-LEBIHAN
Suatu perkara yang disesalkan dari kita iaitu, ketika menghadapi berbagai masalah, kita lebih suka berdiri pada salah satu hujung dari kedua kutub, iaitu paling kanan atau paling kiri. Jarang kita berdiri dan bersikap “tengah-tengah”, yang Allah puji untuk dijadikan tempat berpihak dan bersikap umat ini, seperti dalam firman Nya.

“Begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan” (al-Baqarah ayat 143 )

16) TAKUT DENGAN PEMBAHARUAN
takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan, tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.

cerita ini bersambung pada episod akan datang....

NANTIKAN....








Friday, April 10, 2009

"JANGAN BERSEDIH"


Mudah-mudahan sedikit-sebanyak bisa memujuk hati ini.... Tulisan itu tidak bernyawa, namun manusia yang bernyawa bisa terusik dengan membaca tulisan. Tulisan itu maya, tapi ia mampu dijadikan hakikat bila kita membaca dan menghayatinya, kemudian memberikan kesan di hati... Dengan itu, saya b' harap dengan tulisan ini mampu memujuk diri ini yang sedang merasa sedih. Walau sebesar zarah cuma.....


BERSABARLAH.....

Jujur, saya juga tidak lepas dari merasa sedih... Kalau merasakan teramat sedih sekarang, percayalah masih ada orang yang lebih menderita kesedihan dan kesusahan dalam hidupnya. Hidup ini bukan diciptakan untuk kita seorang. Sudah namanya manusia, andai kita pernah merasa sedih, maka seluruh manusia juga pasti pernah akan melalui perasaan yang sama.

Jika saya sedang bersedih, seringkali saya teringatkan ibu saya yang jauh di sana. Kalau saya bercerita dengan ibu saya tentang perkara-perkara yang negatif dan menjadikan saya kurang sabar sewaktu hidup di sini, ibu saya cuma membalas dengan satu perkataan sahaja;

"Bersabarlah.."


Itu yang membina kekuatan saya untuk terus hidup di sini....Sekiranya saya mengingati pesan ibu saya ini, saya menjadi tenang. Hakikatnya, begitu banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi, saya akan teringatkan pesan ini, seolah-olah suara ibu saya sedang berbisik di telinga saya dengan berkata, "bersabarlah.." Maka, saya terus tempuhinya dengan senyuman.

Kalau kamu sedang diuji dengan suatu bentuk cabaran yang memang menguji kesabaran kamu, maka sambutlah dengan senyuman dengan penuh kesyukuran. Kamu akan merasa lega...

Ujian itu datangnya dari Allah. Anggaplah yang baik-baik sahaja. Bersangka baiklah pada Allah. Merasa beruntunglah dengan cabaran yang sedang Dia uji pada kamu, kerana dengan ujian itu, tandanya Dia sedang memerhatikan kita, Dia sedang mendengar keluhan kita, Dia sedang menghayati tangisan dan kesedihan kita dan juga,ALLAH amat rindu dengan rintihan kita ketika dahulu.....

Untuk apa sebenarnya? Supaya kita kembali dan mengingati pada-Nya. Supaya kita belajar bersyukur dan redha atas ketentuannya. Supaya kita sentiasa lebih berhati-hati dan mengambil pengajaran atas segala qada dan qadar yang telah ditakdirkan untuk kita.

"Allah tidak menetapkan qada' bagi seorang hamba, kecuali qada' itu baik bagi dirinya"

Dengan itu, betapa rugi dan hinanya kita andai kita tidak pernah merasa ujian yang khas Allah turunkan buat kita, kerana begitu Dia tidak memerhatikan kita, takut-takut sekiranya Dia tidak memandang kita di dunia ini, apatah lagi memandang kita di akhirat kelak. Na'uzibillah.

Astaghfirullahal 'azim.

Jadi, bersabarlah atas ujian dan dugaan yang telah Allah berikan kepada kita.

"..ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat." (Al-Baqarah:214)

"..sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raf:56)

Bersangka baiklah pada Allah. Jangan sekali-kali kita berprasangka buruk terhadap takdir Allah yang kita tidak pernah ketahui hikmahnya. Kita hanya hamba, yang diaturkan selok belok liku-liku kehidupannya. Berlakulah sesuai hamba dengan penuh kesyukuran, Allah Maha Penyayang. Apa yang sudah dia tetapkan, kita tidak tahu akan kebaikannya. Maka, bila ia terjadi pada kita, tentu ada rahsia yang Dia telah sembunyikan dari kita.

"Aku sesuai prasangka hambaKu terhadap diriKu, maka silakan dia berprasangka terhadap diriKu sesuai dengan kehendaknya." (Hadis Qudsi)

Maka dengan itu, bersyukurlah atas penderitaan yang telah banyak kita hadapi. Menjadikan diri kita seorang yang matang, tabah dan mendekatkan diri kita kepada Rabbul Izzati.

Segala sesuatu telah Aku takdirkan
silakan engkau mencela atau meninggalkan Aku
Takdir akan terus berjalan
Sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan.


KITA PERLU BERKORBAN.

Kadang-kadang, kita tak mampu puaskan hati diri sendiri. Apa lagi puaskan hati orang lain. Dan tentulah orang lain memang susah untuk puaskan hati kita. Jadi, jangan sekali-kali expect bahwa kita akan dijaga, kita akan diterima, dan kita akan disanjung.

Adakalanya, kita perlu juga berkorban dalam perjuangan yang sementara. Barangkali, dengan pengorbanan itu mampu kita banggakan di hadapan Allah kelak. Kerana kita sanggup korbankan kemauhan yang kita inginkan semata-mata ingin menggembirakan perasaan orang lain.

Kalau kita sanggup korbankan diri kita, dan melihat orang disekeliling kita gembira, mungkin kita akan merasa pahit, namun melihat orang-orang yang kita sayang tersenyum bahagia, kita akan dapat merasakan gelombang kebahagiaan yang ditempiaskan oleh mereka yang berbahagia atas pengorbanan kita.

Tidak rugi andai berkorban di dunia yang sementara ini. Patuh pada orang tua terutamanya adalah ganjaran yang paling mahal tak ternilai. Apa salahnya kita berkorban untuk mereka barang sedikit cuma, kerana sudah terlalu banyak yang mereka korbankan untuk kita.

Dunia ini tidak semua indah. Tidak semua manis. Kita perlu menelan sisa-sisa pahit walaupun sedikit ataupun banyak. Kerana andai dunia tiada salah satu darinya, hidup ini tiada maknanya.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Insyirah:5-6)


Perjuangan perlukan perngorbanan
Pengorbanan perlukan ketabahan.......


sekadar perkongsian bersama....

Thursday, April 9, 2009

Monday, April 6, 2009

Kenali pergerakan wanita


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
perpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Tips dari Kanjeng Pengeran Harya Tjakraningkrat dari bukunya bertajuk “Bethaljemur Addamakna”. Beliau mendakwa setiap gerakan wanita ketika berjalan, itu melambangkan keperibadiannya.

Thursday, April 2, 2009

MUHASABAH DIRI.....




Ya Allah...kuatkanlah kesabaranku menempuh ujianMU ini.. berilah aku kekuatan untuk istiqamah dalam amalanku... kurniakanlah aku ketenangan agar mampu ku ukir senyuman dikala keresahan... dan peliharalah diriku agar mampu khusyuk dalam beribadah kepadaMU...


Friday, March 20, 2009

RINTIHAN HATI KU............

ana melangkah longlai menuju ke dewan kuliah. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. ana rasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang ana tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. laptop berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan masa ini..” ana mengeluh sendirian.

Penat juga ana mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. ana juga letih mengenangkan, kenapa apabila ana membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. ana teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”

ana mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

ana singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam an mengulangi doa itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

ana teringat suatu peristiwa, semasa ana mengajak beberapa kawannya untuk mengikuti halaqah mingguan. ana terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, ana dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. habis tazkirah tersebut,salah seorang sahabatnya berkata kepadanya, “Best la tazkirah tadi…”

ana rasakan dadanya kembang keseronokan.

ana tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

ana mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan ana daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan ana dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

ana teringat lagi, apabila sibuk mengendalikan program-program islam. Masya-Allah, Allah telah beri ana keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk ana mujahadah. Tapi, ana kelam kabut dalam solat kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. ana tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. ana tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba ana tersentak lagi..

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”

ana teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… ana telah melupakan diri ana sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” ana berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

ana terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” ana disentakkan oleh temannya,

“Awak ni, terkejut saya tau!” ana mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” sahabatnya tersengih sambil beri salam.

“enti dah sampai ke negeri China ke tadi? Maaflah ganggu kembara angan-angan enti”sahabatnya memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu dia memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

sahabatnya berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

ana melarikan pandangan, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

sahabatnya berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” kan kamu pernah bagitau perkara ini kepada saya ketika dahulu......

ana menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, ana terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir diterima oleh Allah.

Amin.......

sekadar perkongsian pengalaman.....

RINTIHAN SEORANG HAMBAMU YA ALLAH....

Ya Rabb, kini aku berada di sisi-Mu
Aku datang dengan mata menangis
Kudatang dengan rintihan, kegelisahan, dan kesedihan
Telah kuperbuat banyak kejahatan dan dosa
Sehingga jadilah aku sang pendosa
Di sisi-Mu-lah sekarang, hai Sang Maharaja
Aku datang dengan penuh penyesalan
Hati ini sudah dipenuhi kesalahan
Aku sangat malu saat menerima soalan
Bagaikan burung yang terikat sayapnya
Aku datang sambil jatuh bangun Wajahku merunduk ke tanah
Aku datang dengan pandangan sembab
Wahai penguasa alam, lihatlah
Aku datang dengan hati terbakar

Tiada yang dapat menenangkan hatiku selain Dzat-Mu
Akulah makhluk-Mu yang hanya berharap redha-Mu
Kerna Engkaulah penentu semua perbuatan dan prilaku
Hanya pada-Mu-lah kegundahanku dapat berlalu
Hanya dari mata air sayang dan kemuliaan-Mu-lah Ya Allah
Air lain tidak mengalir ke sungai-sungai tubuhku
Semenjak diriku tercakup dalam inayah-Mu
Tiada beban dalam tubuhku selain beban kegundahan-Mu

Ya Allah, hariku gelap, perbuatanku salah
Ya Allah, akulah pendosa dan bermasalah
Ya Allah, maafkanlah hamba-Mu ini
Ampunilah hamba-Mu yang malu ini
Meski kejahatan segunung dosa
Di sisi ampunan-Mu, lebih kecil dari biji gandum
Jangan Kau masukkan daku ke dalam neraka-Mu
Aku yang kebingungan, sedih, dan merintih
Berharap pada-Mu, hai Yang Mahahidup lagi Mahasuci
Aku Mohon pada-Mu, sebuah hati yang menangis dan letih
Kerna tempat-Mu di hati yang hancur.

Ya Allah, lindungi mereka yang tak punya perlindungan
Tataplah mereka yang keletihan
Betapa sedikit peminta yang beroleh perhatian si sultan
Banyaknya kebutuhan membuatku gelisah
Saksikanlah kegelisahanku, Wahai Tuhan
Ya Allah, kusandarkan diriku pada kasih sayang-Mu
Kerna tiada yang layak disandar selain kasih sayang-Mu
Bimbinglah hati yang gundah-gulana
Kerna hati tanpa pembimbing kan jatuh dalam sumur
Kepala menempel ke tanah rumah-Mu
Sambil meminta, butuh, dan menghatur ampunan
Telah datang pada-Mu tawanan yang pemalu lagi pendosa
Sambil berharap kasih sayang dan ampunan-Mu
Seorang pengemis dengan tangis penyesalan
Menjadi tak berguna karna beban dosa
Kugapai tangan Yang Maha Pengampun
Agar dianugerahkan sesuatu yang istimewa

Ya Tuhan, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Tuhan, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Tuhan, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan surga-Mu.

Ya Tuhan, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Tuhan, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepada-Mu.

Ya Tuhan, jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Tuhan ampuni dosa hambamu..

Monday, March 16, 2009

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABATKU.....BERJUANGLAH HINGGA KE AKHIRNYA...




Malam siang berlalu...
Gerhana kesayuan tiada berkesudahan
detik masa berlalu tiada berhenti
oh sayunya...
sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman-teman
harungi kehidupan
oh indahnya....
berat rasanya di dalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan..
semua...
kasih dan cinta yang terbina
ia akan selamanya...
selamat berjuang sahabatku
semoga ALLAH berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu
berjuanglah hingga ke akhirnya
wahai sahabatku....
dan ingatlah semua ikrar kita
hati ini sayu mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan kedamaian dan jua ketenangan
tetapi ku akur
pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan
IMAN....

JIKA AKU JATUH CINTA...??????

Thursday, March 12, 2009

BICARA KATA......??????



Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Wednesday, March 11, 2009

PRINSIP-PRINSIP KEJAYAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.....

Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.

Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam ‘Mohammed & Mohammedanism.’ Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah ‘Caesar’ dan ‘Pope’ dalam satu; tetapi beliau adalah ‘Pope’ tanpa dakyah-dakyah politik, ‘Caesar’ tanpa barisan tentera ‘Caesar’, tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya ‘100 orang paling berpengaruh dalam sejarah’, beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”

Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.

Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.

Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

Prinsip pertama:

Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:

“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah” (Bukhari)

Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:

Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:

“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).

Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga

Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.

Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat

Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:

‘Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu’. (41:34).

Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.

Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda.

Prinsip kelima

Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.

Prinsip keenam

Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,

“Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.

Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika

untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.

Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.

Prinsip ketujuh

Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan

Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan

Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda “Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t.” , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.

Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.

‘Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…’ (Quran 33:21)



Sekadar perkongsian bersama....