
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALANGKAH INDAHNYA KULIHAT, BERJALAN SEORANG MUSLIMAH MUKMINAH.... DENGAN WAJAH YANG DITUTUPI NIQAB, DIA BERJALAN PENUH TAWADHU', LANGKAHNYA IBARAT SEORANG PEJUANG MUSLIMAH, YANG TENANG,YAKIN,BERWIBAWA,PENUH DENGAN SEMANGAT SEORANG MUJAHIDAH......
Hukum Memakai Purdah?
ReplyDeleteSoalan: Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini, yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut `uruf dan adat kebiasaan.
Jawapan :Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya: “Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”
Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.