Saturday, September 22, 2012

STOP!!! DREAM...

Assalamualaikum...

alhamdulillah,,,Allah masih memberikan kita pelbagai nikmat..

termasuklah nikmat perasaan gembira,sedih,,tawar...

betapa luasnya kasih sayang Allah kepada Hamba-hamba NYA..nikmatNYA tidak pernah bertepi.

malam datang dengan segala keindahan,

gelap pun memberi ketenangan dan kesejukan.

pagi yang segar mengakhiri malam nan damai.

siang datang melambai, menawarkan harapan.

 Aku kian bertambah matang....

Matang untuk menilai manusia....

Lagi lama kita dijalan tarbiyah ini, pasti kita akan temui lagi ramai manusia..yg mempunyai pelbagai ragam..

Manusia yang kita lihat dan dengar hebat perjuangannya...

namun, jangan mudah dipermainkan oleh angan-angan..

diantara tandanya terjatuhnya seorang hamba Allah pada jurang kebinasaan ialah :

  1. merasa paling berjasa
  2. merasa paling banyak amal..
tanpa disedari, bermula dari sinilah produktiviti kerja dakawhnya mulai berkurangan dan akhirnya mati.

ia merasa cukup menjadi orang-orang yang pernah beramal bukan menjadi orang-orang yang sentiasa beramal.

Maha Bijaksananya Allah melalui pelajaran yang boleh kita ambil dari ayat berikut :

"katakanlah: 'apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatanya?'iaitu, orang-orang yang telah sia-sia perbuatanya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya." ( QS AL-KHAFI :103-104)

syaitan sentiasa menghembuskan semangat yang keliru ke dalam hati aktivis dakawah seperti :
  1. kamu tergolong dalam aktivis yang "senior".
  2. Amal kamu sudah begitu banyak dan tidak terhitung lagi.
  3. tidak seorang pun boleh menyamai nilai dan jumlah amal kamu.
  4. yakinlah, dengan prestasi seperti itu,kamu pasti akan masuk syurga.
  5. cukuplah, kini saatnya kamu beristirehat dari pentas dakwah.
  6. kini tiba pula saatnya para penerus("junior")mengambil alih bebanan-bebanan kamu.
  7. kamu teramat mulia untuk melaksanakan program-program yang berbentuk kemasyarakatan itu.
begitulah hembusan jahat syaitan ke dalam  hati kita yang terus-menerus menginai peluang.
sejenak sahaja hamba Allah itu lengah, ketika itu jugalah ia masuk dan melaksanakan tugasnya, Na'udzubillah min zalik.



No comments:

Post a Comment