Saturday, July 3, 2010

Kembalikan semangatku...

Aku kian bertambah matang.

Matang untuk menilai manusia.

Lagi lama kita dijalan tarbiyah ini, pasti kita akan temui lagi manusia manusia seperti itu …

Manusia yang kita lihat dan dengar hebat perjuangannya.

Bersenjatakan untaian kata kata yang mengusik rasa serta disertai dengan hamasah yang menyala yang terkadang membuat kita terasa tempias ombak ombak semangatnya tapi semangat itu hanyalah dewa dewa untuk mendapat pujian manusia lalu sepontan pula Allah mengajar kita bahawa perjuangan bukanlah pada kata kata.

Bukan pada coretan coretan pena. Atau pada cerita cerita dan pada gambar gambar yang menerujakan jiwa tapi adalah pada ujian dan ibtila’!

Ujian itulah inti dalam menilai kekuatan saripati dan spiritual seorang da’i.

Dengan ujian itulah akan terpancarnya qalbu yang bercahaya, bersih dan suci.

Qalbu yang tenang dan sabar.

Qalbu yang tidak menaruh perasaan curiga dan buruk sangka.

Qalbu yang mampu mengunakan hati dan menguasai perasaan sehingga qalbu itu berupaya meneriakkan kalimat kalimat Alhamdulillah acapkali bertemu dugaan yang maha hebat!

Jika kita memandang ujian dan ibtila’ yang merangkul dan menjerut kita itu secara positif, banyak halwa halwa iman yang manis itu dapat kita teteskan didalam bekas hati kita!

Memang sebagai manusia kita tidak boleh menipu akan perasaan kita sendiri kerana ianya merupakan satu fitrah yang tabii.

Tapi …. kita juga tidak boleh terus terusan bersedih dan jauh hati diatas ujian dan ibtila’ itu kerana kita adalah seorang da’i!

Seorang da’i yang tulin harus kuat menghadapi tribulasi kehidupan ini …

Kita harus memandang kehadapan yang lebih jauh dan memandang tinggi keatas untuk melihat langit yang luas itu, agar hati kita dapat dimasuki oleh cahaya bintang dan bulan serta cahaya cakrawala yang lain untuk menyinarkan kembali kewarasan dan kekuatan ruh kita!

Kita tidak boleh berjalan diatas jalan keputus~asaan kerana di maya ini terdapat banyak harapan harapan yang menunggu ….

Begitu juga, kita tidak boleh bergerak dalam kegelapan kerana dialam ini juga terdapat banyak cahaya cahaya …

dan cahaya yang datang mengadap kita ini bukanlah cahaya cinta yang membuat kita remuk redam atau cahaya kebahagiaan yang membuat kita rakus dan gelojoh untuk mendapatkannya sehingga kita tidak memperdulikan perasaan manusia lain!

…tapi cahaya ini adalah cahaya mentari dakwah yang putih bersih untuk kita terangi jiwa jiwa yang gelap …

…dan kunci membawanya adalah sabar kerana sabarlah salju nya.

Aduhai kamu …..

Fungsikanlah iman kamu.

Fungsikanlah tarbiyah yang pernah kamu lalui.

Berhentilah menjadikan takdir dan Allah sebagai ” kambing hitam ” dalam memenuhi kehendak dan nafsumu.

Aku juga boleh menerima takdir dan menerima segala ketentuanNya tapi biarlah beradab.

Biarlah mengikut pekerti sebagai seorang muslim mukmin.

Bukan tergesa gesa kemudian mengunakan Allah dan takdir untuk menutup kepincangan iman da akhlak ku...


Tidakkah kamu takut dengan janji janji itu sedangkan janji itu telah dicatitkan dalam kitabmu …

Sesungguhnya sekarang baru aku mengerti bahawa itu hanyalah omong kosong yang tidak berkaca dihati!

Memang aku letih berputar putar mencari rentak cerita kita melalui tema dan plotnya tapi akhirya Allah khatamkan juga cerita itu didalam telaga yang dalam sehingga tidak mampu aku memegang tepian telaga itu untuk naik kembali ….

Aku amat mengharapkan akan teredamnya rasa kecewa dihati ini yang akan mengalirkan air kesejukan untuk menyejukan jiwaku agar Allah memasukan aku kedalam kelompok al-zumrah al faizah yang senantiasa redha dan taat kepada Allah.

Aku ingin menjadi orang yang bertakwa dan ingin meningkatkan darjat ketakwaan ku dan aku tahu jika darjat itu ingin ku tingkatkan, aku harus menjadikan takwa itu pakaian ku dan dapat mengawal diri didalam saat kemarahanku.

Aku tidak mahu menjadi seorang yang lemah dan pengecut. Yang gopoh, desperate, tidak sabar...

Kerana itu akan mencacatkan diri kita sebagai seorang pemimpin ini!

Aku amat malu pada diriku sendiri! Apa lagi pada Allah yang Maha Melihat akan sikap hipokrit itu. Juga malu pada mutarabbiku meskipun mereka tidak tahu akan perbuatan ku!

Belum lagi sampai diakhirat namun telah terbongkar segala keburukan didalam organ organ badanku.

Aku tidak mahu menjadi murobiyah dan naqibah kosmetic yang hanya cantik luarannya sehingga mempesona sekelian mata manusia terhadap sikap kepuraanku.

Aku ingin bangkit bergerak seperti awan yang berarak yang ingin mengajar kepada kamu semua akan dakwah dan kasih sayang.

Itu bukan sekadar kata seperti yang kamu lakukan, tapi aku ingin melontarkan jiwa merdeka ku. Merdeka dari menzalimi manusia. Merdeka dari fitnah yang sering mengintaiku.

Aku ingin setia dengan dakwah ini dan ingin belajar untuk ‘ itsar ‘ yang akan menjadi mustika akhlak didalam kepimpinanku Insyaalah.

Doakan aku ….