Saturday, September 22, 2012

STOP!!! DREAM...

Assalamualaikum...

alhamdulillah,,,Allah masih memberikan kita pelbagai nikmat..

termasuklah nikmat perasaan gembira,sedih,,tawar...

betapa luasnya kasih sayang Allah kepada Hamba-hamba NYA..nikmatNYA tidak pernah bertepi.

malam datang dengan segala keindahan,

gelap pun memberi ketenangan dan kesejukan.

pagi yang segar mengakhiri malam nan damai.

siang datang melambai, menawarkan harapan.

 Aku kian bertambah matang....

Matang untuk menilai manusia....

Lagi lama kita dijalan tarbiyah ini, pasti kita akan temui lagi ramai manusia..yg mempunyai pelbagai ragam..

Manusia yang kita lihat dan dengar hebat perjuangannya...

namun, jangan mudah dipermainkan oleh angan-angan..

diantara tandanya terjatuhnya seorang hamba Allah pada jurang kebinasaan ialah :

  1. merasa paling berjasa
  2. merasa paling banyak amal..
tanpa disedari, bermula dari sinilah produktiviti kerja dakawhnya mulai berkurangan dan akhirnya mati.

ia merasa cukup menjadi orang-orang yang pernah beramal bukan menjadi orang-orang yang sentiasa beramal.

Maha Bijaksananya Allah melalui pelajaran yang boleh kita ambil dari ayat berikut :

"katakanlah: 'apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatanya?'iaitu, orang-orang yang telah sia-sia perbuatanya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya." ( QS AL-KHAFI :103-104)

syaitan sentiasa menghembuskan semangat yang keliru ke dalam hati aktivis dakawah seperti :
  1. kamu tergolong dalam aktivis yang "senior".
  2. Amal kamu sudah begitu banyak dan tidak terhitung lagi.
  3. tidak seorang pun boleh menyamai nilai dan jumlah amal kamu.
  4. yakinlah, dengan prestasi seperti itu,kamu pasti akan masuk syurga.
  5. cukuplah, kini saatnya kamu beristirehat dari pentas dakwah.
  6. kini tiba pula saatnya para penerus("junior")mengambil alih bebanan-bebanan kamu.
  7. kamu teramat mulia untuk melaksanakan program-program yang berbentuk kemasyarakatan itu.
begitulah hembusan jahat syaitan ke dalam  hati kita yang terus-menerus menginai peluang.
sejenak sahaja hamba Allah itu lengah, ketika itu jugalah ia masuk dan melaksanakan tugasnya, Na'udzubillah min zalik.



Tuesday, September 18, 2012

prestasi diri...

Assalamualaikum...  

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui...." QS Al-Anfal :60

betapa luasnya kasih sayang Allah kepada Hamba-hamba NYA..nikmatNYA tidak pernah bertepi.

malam datang dengan segala keindahan,

gelap pun memberi ketenangan dan kesejukan.

pagi yang segar mengakhiri malam nan damai.

siang datang melambai, menawarkan harapan.

 begitulah perumpamaan sebuah dunia yang berputar dalam keadaan silih berganti

siang menggantikan malam.

 malam menggsntikan siang

waktu terus berlalu, mencatat prestasi dari generasi ke generasi.

Ada yang tetap istiqamah menyusuri jalan dakwah yang dipenuhi duri dan ranjau, sabar dengan terpaan asap dan debu-debu peradaban dunia.

Namun, tidak sedikit mereka yang akhirnya duduk bersandar melepas keletihan seraya mula memejam matanya terhadap ketidaklurusan akhlak manusia di persekitarannya...

USAHAKAN UNTUK MEMBERI SESUATU YANG TERBAIK

di antara ciri kekikiran yang mungkin melekat dalam hati hamba Allah adalah
  1. sedikit ketika mengeluarkan
  2. tapi ingin banyak menerima
mungkin sikap ini sesuai dengan suasana perniagaan sesama manusia namun ianya tidak layak jika ditujukan kepada perniagaan dengan ALLAH SWT..

kebodohan adalah perkara yang dominan yang menjadi manusia berfikiran sempit terhadap soal perniagaan dengan Allah swt..

pandangan terbatas hanya pada nilaian material dengan ruang lingkup duniawi yang sempit.

tidak hairan jika ada manusia yang merasa tidak perlu untuk memberi sesuatu yang terbaik untuk perniagaan di jalan Allah.

oleh itu jarang pula kita menemui ruang lingkup infak dan sedekah sentiasa sahaja jatuh pada :

  1. Bahagian yang tersisa
  2. wang yang tergolong sebagai lebihan sahaja
  3. barangan yang ternyata rosak dan mungkin tidak diperlukan lagi.

adakah seperti itu ajakan Allah swt untuk hamba-hambaNYA yang cerdes sebagaimana seruanNya dalam ayat berikut :

"wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya". (QS ASH-SHAFF:10-11)

syurga adalah tawaran yang teramat luas biasa yang diberikan oleh yang maha pengasih dan penyayang.

kenikmatan macammanapun yang pernah tersedia di dunia ini sedikit pun tidak akan menyamai nikmatnya syurga.

Begitulah perincian-perincian tenang kewujudnya syurga yang Allah paparkan dalam Al-quran :

  1. makanan terbaik
  2. minuman terbaik
  3. pasangan terbaik
  4. tempat tinggal terbaik untuk selama-lamanya.

Lalu, apakah kita belum merasa malu dengan berharap dan mempercayai diri sendiri bahawa kita akan masuk syurga hanya dengan :

beberapa jumlah wang lebihan?

tenaga yang tersisa?

prestasi kerja ala kadar?

sudah semestinyalah kita malu dengan teguran Allah swt dalam firmaNYA:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'bilakah datangnya pertolongan Allah?..." (QS Al-Baqarah :214)

mungkin kita lupa bahwa segala keutaman yang kita berikan di jalan Allah, sama sekali tidak mempengaruhi kerajaan Allah swt.

Allah teramat kaya dibandingkan dengan nilai apa pun di alam semester ini. dunia di sisi Allah tidak mempunyai apa-apa nilai walaupun sebesar nyamuk.

justeru keutamaan dan keunggulan nilai sesuatu yang dikeluarkan, semuanya akan kembali kepada hamba-hamba Allah itu sendiri samada secara langsung atau tertunda...