Sunday, March 8, 2009

PPSMI : Matlamat Tidak Menghalalkan Cara


Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) adalah satu cubaan untuk membuat revolusi baru, tetapi banyak daripada hasil kajian yang dilakukan menunjukkan negatif dan mengecewakan.

Matlamat PPSMI ini jika dilihat memang baik agar anak-anak bangsa mahir dalam berbahasa Inggeris, tetapi caranya tidak relevan, sebenarnya ada banyak alternatif lain yang lebih praktikal dan mudah untuk dilakukan disamping dapat meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah, malah tidak menyentuh sensitiviti dan kedaulatan bahasa Melayu, Oleh yang demikian, perlaksanaan (PPSMI) ini sewajarnya dimansuhkan.

Antara alternatif lain yang saya maksudkan ialah:

1-Membuat kelas tambahan bahasa Inggeris secara percuma di seluruh negara. (Bila PPSMI diwajibkan, kasihan melihat ibu bapa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang mahu menanggung kos tusyen bahasa Ingggeris anak mereka semata-mata, lebih-lebih lagi lagi jika anak yatim, pasti lagi terbeban).
2-Mengkaji dan mempelbagaikan bentuk pengajaran bahasa Inggeris agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar Inggeris. (bukannya seperti diktator anda tidak belajar inggeris maka anda akan gagal Sains dan Matematik)
3-Memudahkan silibus bahasa Inggeris.(Kebanyakkan pelajar boring bahasa inggeris kerana terlalu susah)
4-Mewujudkan pasaran buku-buku Melayu yang ada terjemahan Inggeris disebelahnya (Supaya golongan muda tertarik dan minat membaca buku Bahasa Melayu disamping mengusai bahasa inggeris terutamanya novel dan komik pasti mendapat sambutan)


Saya berpendapat ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan.....ternyata inilah politik mereka.

Justeru, saya dan seluruh rakyat Malaysia melihat (PPSMI) banyak merugikan bangsa Melayu daripada keuntungan dan kebaikkannya. Oleh itu, marilah kita bangkit bersama bagi memansuhkan (PPSMI) dari muka bumi ini. Saya sokong PERHIMPUNAN RAKSASA 100 RIBU dibuat.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun. Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya bahasa Melayu di muka bumi." A.Samad Said (Tokoh Sasterawan Negara)

No comments:

Post a Comment