Monday, March 9, 2009

USRAH TUNJANG TARBIYYAH....

MAKSUD Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.
Usrah juga medan untuk kita meningkatkan kefahaman anggota2 terhadap islam,menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Quran dan Sunnah dan mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah...

Ana amat tertarik cara penyampaian usrah yang di lakukan oleh sahabat ana yang belajar di usim..
usrah yang disampaikan haruslah disampaikan secara sistematik...baru lah kita boleh melahirkan generasi yang boleh membawa islam maju ke hadapan seiring dengan arus globalisasi...dan mampu untuk berhadapan walaupun jalan yang mereka lalui penuh dengan onak dan duri...mereka tetap akan lalui berbekalkan iman,amal dan mahabbah(kasih sayang) dan ukhwah(persaudaraan).berpandukan kekuatan iman,kekuatan akidah dan kekuatan berjemaah itu sendiri.
DAKWAH..
Jalan dakwah hanya satu.....
jalan dakwah yang di maksudkan ialah jalan dakwah yang telah dilalui oleh RASULULLAH s.a.w yang tercintai bersama para sahabat.begitu juga dengan kita dan para pendakwah sama2 kita lalui berpandukan taufik dari ALLAH S.W.T...
setiap ahli harus tahu cara2 dakwah bagaimana yang di lalui oleh rasulullah,tugas dan kepentinganya berdakwah.

setiap ahli usrah juga harus di sedarkan dengan isu2 semasa dunia...
bagaimanakah keadaan dunia sekarang...
di sini lah kita lemah..kantoi dalam isu2 semasa...
ahli kurang memahami dan mengambil tahu keadaan dunia...
bagaimana kita nak berdakwah...sekiranya keadaan dunia kita tidak tahu..
seterusnya sirah rasulullah,ilmu Fekah,tafsir,hadis,ilmu tasauf dan yang terakhir muhasabah.setiap ahli usrah harus memahami semua ini...barulah kita boleh melahirkan generasi yang mampu berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang akan datang..


Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.....

sekadar perkongsian bersama....





No comments:

Post a Comment