Sunday, April 26, 2009

DENGARLAH LUAHAN HATI KU INI...


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…


Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)




2 comments:

  1. salam alaik...
    wahai dikku sayang... Usahlah engkau bersedih sekiranya mendapat seorang teman yang kawan lupa daratan. Tapi bersedihlah apabila kita semakin jauh dari nikmat Allah.

    Kita hanya sebagai alat di dunia ini, no body is perfect. Namun kita menuju ke arah kesempurnaan.

    Kita rasa dia yang salah, kita rasa dia yang bermasalah dengan kita, dia yang mungkir janji tapi pernahkah kita check kalu kita ada salah dengan Allah. Tidak mustahil dia buat begitu kita dilihat bermasalah dengan siapa2, terutamanya Allah.

    Kak bukan siapa2 untuk memperbaiki, menegur dan memberi nasihat untuk adik. Cuma akak fikir untuk bekalan di akhirat kelak. Untuk mencari mardhatilah. Kerana matlamat kita ada dua iaitu syurga dan neraka. Allah ciptakan kita di muka bumi sebagai khalifah, dan cuba yang terbaik untuk melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya.

    Insan yang bergelar sebagai pejuang agama islam, tidak akan gentar apabila ada musuh mendampinginya. Tapi dia akan lebih gentar apabila ada musuh yang cuba menghapuskannya. Strategik untuk berperang perlu ada di setiap para dai'e. Persiapkan diri sentiasa, jadikan diri di golongan mereka yang suka akan persahabatan, dan jangan sekali2 benci kepada manusia. Kerana Allah benci orang yang benci keluarga dia sendiri

    Salam perjuangan..!! Cuba yang terbaik untuk Allah, agama, ibubapa dan keluarga, sahabat2, teman2 dan orang yang bersama kita.

    Muhasabah bersama..!!!

    ReplyDelete