Friday, March 20, 2009

RINTIHAN HATI KU............

ana melangkah longlai menuju ke dewan kuliah. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. ana rasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang ana tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. laptop berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan masa ini..” ana mengeluh sendirian.

Penat juga ana mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. ana juga letih mengenangkan, kenapa apabila ana membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. ana teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”

ana mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

ana singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam an mengulangi doa itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

ana teringat suatu peristiwa, semasa ana mengajak beberapa kawannya untuk mengikuti halaqah mingguan. ana terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, ana dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. habis tazkirah tersebut,salah seorang sahabatnya berkata kepadanya, “Best la tazkirah tadi…”

ana rasakan dadanya kembang keseronokan.

ana tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

ana mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan ana daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan ana dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

ana teringat lagi, apabila sibuk mengendalikan program-program islam. Masya-Allah, Allah telah beri ana keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk ana mujahadah. Tapi, ana kelam kabut dalam solat kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. ana tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. ana tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba ana tersentak lagi..

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”

ana teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… ana telah melupakan diri ana sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” ana berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

ana terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” ana disentakkan oleh temannya,

“Awak ni, terkejut saya tau!” ana mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” sahabatnya tersengih sambil beri salam.

“enti dah sampai ke negeri China ke tadi? Maaflah ganggu kembara angan-angan enti”sahabatnya memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu dia memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

sahabatnya berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

ana melarikan pandangan, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

sahabatnya berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” kan kamu pernah bagitau perkara ini kepada saya ketika dahulu......

ana menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, ana terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir diterima oleh Allah.

Amin.......

sekadar perkongsian pengalaman.....

RINTIHAN SEORANG HAMBAMU YA ALLAH....

Ya Rabb, kini aku berada di sisi-Mu
Aku datang dengan mata menangis
Kudatang dengan rintihan, kegelisahan, dan kesedihan
Telah kuperbuat banyak kejahatan dan dosa
Sehingga jadilah aku sang pendosa
Di sisi-Mu-lah sekarang, hai Sang Maharaja
Aku datang dengan penuh penyesalan
Hati ini sudah dipenuhi kesalahan
Aku sangat malu saat menerima soalan
Bagaikan burung yang terikat sayapnya
Aku datang sambil jatuh bangun Wajahku merunduk ke tanah
Aku datang dengan pandangan sembab
Wahai penguasa alam, lihatlah
Aku datang dengan hati terbakar

Tiada yang dapat menenangkan hatiku selain Dzat-Mu
Akulah makhluk-Mu yang hanya berharap redha-Mu
Kerna Engkaulah penentu semua perbuatan dan prilaku
Hanya pada-Mu-lah kegundahanku dapat berlalu
Hanya dari mata air sayang dan kemuliaan-Mu-lah Ya Allah
Air lain tidak mengalir ke sungai-sungai tubuhku
Semenjak diriku tercakup dalam inayah-Mu
Tiada beban dalam tubuhku selain beban kegundahan-Mu

Ya Allah, hariku gelap, perbuatanku salah
Ya Allah, akulah pendosa dan bermasalah
Ya Allah, maafkanlah hamba-Mu ini
Ampunilah hamba-Mu yang malu ini
Meski kejahatan segunung dosa
Di sisi ampunan-Mu, lebih kecil dari biji gandum
Jangan Kau masukkan daku ke dalam neraka-Mu
Aku yang kebingungan, sedih, dan merintih
Berharap pada-Mu, hai Yang Mahahidup lagi Mahasuci
Aku Mohon pada-Mu, sebuah hati yang menangis dan letih
Kerna tempat-Mu di hati yang hancur.

Ya Allah, lindungi mereka yang tak punya perlindungan
Tataplah mereka yang keletihan
Betapa sedikit peminta yang beroleh perhatian si sultan
Banyaknya kebutuhan membuatku gelisah
Saksikanlah kegelisahanku, Wahai Tuhan
Ya Allah, kusandarkan diriku pada kasih sayang-Mu
Kerna tiada yang layak disandar selain kasih sayang-Mu
Bimbinglah hati yang gundah-gulana
Kerna hati tanpa pembimbing kan jatuh dalam sumur
Kepala menempel ke tanah rumah-Mu
Sambil meminta, butuh, dan menghatur ampunan
Telah datang pada-Mu tawanan yang pemalu lagi pendosa
Sambil berharap kasih sayang dan ampunan-Mu
Seorang pengemis dengan tangis penyesalan
Menjadi tak berguna karna beban dosa
Kugapai tangan Yang Maha Pengampun
Agar dianugerahkan sesuatu yang istimewa

Ya Tuhan, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Tuhan, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Tuhan, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan surga-Mu.

Ya Tuhan, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Tuhan, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepada-Mu.

Ya Tuhan, jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Tuhan ampuni dosa hambamu..

Monday, March 16, 2009

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABATKU.....BERJUANGLAH HINGGA KE AKHIRNYA...




Malam siang berlalu...
Gerhana kesayuan tiada berkesudahan
detik masa berlalu tiada berhenti
oh sayunya...
sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman-teman
harungi kehidupan
oh indahnya....
berat rasanya di dalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan..
semua...
kasih dan cinta yang terbina
ia akan selamanya...
selamat berjuang sahabatku
semoga ALLAH berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu
berjuanglah hingga ke akhirnya
wahai sahabatku....
dan ingatlah semua ikrar kita
hati ini sayu mengenangkan
sengsara di dalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan kedamaian dan jua ketenangan
tetapi ku akur
pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan
IMAN....

JIKA AKU JATUH CINTA...??????

Thursday, March 12, 2009

BICARA KATA......??????



Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Wednesday, March 11, 2009

PRINSIP-PRINSIP KEJAYAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.....

Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.

Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam ‘Mohammed & Mohammedanism.’ Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah ‘Caesar’ dan ‘Pope’ dalam satu; tetapi beliau adalah ‘Pope’ tanpa dakyah-dakyah politik, ‘Caesar’ tanpa barisan tentera ‘Caesar’, tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya ‘100 orang paling berpengaruh dalam sejarah’, beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”

Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.

Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.

Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

Prinsip pertama:

Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:

“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah” (Bukhari)

Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:

Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:

“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).

Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga

Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.

Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat

Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:

‘Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu’. (41:34).

Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.

Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda.

Prinsip kelima

Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.

Prinsip keenam

Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,

“Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.

Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika

untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.

Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.

Prinsip ketujuh

Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan

Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan

Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda “Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t.” , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.

Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.

‘Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…’ (Quran 33:21)



Sekadar perkongsian bersama....

Tuesday, March 10, 2009

ESOK TETAP MILIK ISLAM.....

Bila jelas ‘Islam sahaja mampu dan memenuhi ciri-ciri penyelamat yang dinantikan’

Maka, Nampaklah betapa besarnya jenayah menghalang kemaraan Islam dan menghalang pendukung Islam. Jenayah terhadap manusia seluruhnya yang sedang merana.Walaupun serangan dahsyat.. tapi tetap yakin esok milik Islam.Pernah hadapi lebih dahsyat….tapi dapat hadapi..tatar, salib dll.Bukan arab, kurdi halang penjajahan tetapi kerana Islam (Solahuddin, Mamalik, Sudan, Libya, Moroko dll)Islam diserang kerana menghalang kuasa rakus penjajah. Tetapi Islam tetap akan menang.Kesah Suraqah bin MalikPenentu masa depan pertarungan ini bukan terletak pada kehebatan tamaddun barat, bukan besarnya jahiliyyah atau kuatnya serangan ke atas Islam…. tetapi penentu ialah kekuatan al-haq dan kemampuannya untuk menghadapi pukulan demi pukulan.Tetapi kita tidak keseorangan… semua fitrah bersama kita. Bila bertentangan fitrah dan tamaddun, pasti fitrah akan menang.Tugas kita berat dan panjang… menarik keluar fitrah dari timbunan-timbunan kemudian menghancurkan timbunan2 itu.Perlu persediaan panjang… kita perlu capai setinggi kehebatan manhaj ini juga.Persediaan iman mengenal Allah dan beriman,Ibadah dengan sebenarnyaFaham teknik moden dan mengenal jahiliyyah Faham dan menguasai ilmu dan tamaddun semasa menguji dan memilih. Kita perlu tahu dan kenal agar tahu mana yang boleh dan tak boleh.

Perjuangan masih panjang…

……. hanya beberapa jam sahaja sebelum SYAHID di tiang gantung …… sesudah sebahagian besar dari hayatnya diserah untuk perjuangan menegakkan kalimah LA ILAHA ILLPrALLAH, MUHAMMADU-RASULUL­LAH.

Jika engkau tewas di medan JIHAD,

gelaran SYUHADA Allah memberi,

Arwah-arwah pahlawan senyum melihat,

MUJAHID bangga melepas pergi.

MANIS DI MULUT BUSUK DI HATI.....

Sabda Nabi saw yang bermaksud : Akan keluar di akhir zaman lelaki yang bertaubat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (taubat) dari bulu domba yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. (Hadith riwatar Tirmizi)

Dalam hadith itu Rasulullah saw memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafiq. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan kehendak hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja. Di antara sifat kemunafiqan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan topeng agama yang tujuannya antara lain untuk memperdaya orang-orang Islam sendiri. Agar orang tahu bahawa iaitu seorang juru fatwa yang berilmu, manis sekali bicaranya sampai banyak orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hati seekor serigala. Yang sedang bersedia menangkap dan menelannya.

Sifat munafiq semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberi kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasannya sehingga berani mengorbankan agamanya, membohongi sesamanya. Keinginan sesuatu kedudukan akan mendorong untuk berusaha dengan cara apa saja, dengan wang atau dengan janji yang muluk-muluk untuk mempengaruhi orang lain yang jadi pendukungnya, bila perlu dengan menghalalkan segala cara, demi berhasilnya tujuan. Orang yang gila kedudukan tidak lain hasilnya adalah penyesalan pada hari kiamat. Hadith riwayat Bukhari dan Nasai dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda maksudnya :Sesungguhnya di antara kalian ada yang ingin menjadi penguasa dan sesungguhnya demikian itu akan menajdi penyesalan di hari kiamat. Sebaik-baik seorang ibu yang mahu menyusui dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui.

Maksudnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan seburuk-buruk dalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab pada rakyatnya.

Orang munafiq manis mulutnya dalam berkata-kata, pandai membawa diri, seakan-akan dia menaruh perhatian dan memikirkan kepentingan orang lain. Kalau perlu, nama Allah disebut-sebut dalam setiap bicara agar orang lain percaya kepadanya. Tambah banyak ia bicara, tambah banyak pula nama Allah disebut, padahal dalam hatinya ia menyimpan rasa dendam dan permusuhan. Sebab yang dijadikan pedoman bukanlah kebenaran dan bukan nama Allah, ia hanya bermain di mulut. Dia menyimpan segala rencana yang berbeza daripada kemahuan Allah, tetapi untuk menyembunyikan maksudnya itu ia bermulut manis.

Sifat orang-orang munafiq diabadikan dalam Al-Quran :D dan sebahagian manusia ada yang menarik hati pada engkau perkataannya dalam hidup di dunia, dan ia menjadikan Allah sebagai saksi di hatinya, padahal ia itu sangat memusuhinya. (Surah Al-Baqarah : Ayat 204)

Dan apabila telah berpisah, ia berjalan di bumi hendaklah merosak dan membinasakan tanaman dan keturunan. Padahal Allah itu tidak senang pada kerosakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 205)



sekadar perkongsian bersama.......

Monday, March 9, 2009

USRAH TUNJANG TARBIYYAH....

MAKSUD Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.
Usrah juga medan untuk kita meningkatkan kefahaman anggota2 terhadap islam,menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Quran dan Sunnah dan mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah...

Ana amat tertarik cara penyampaian usrah yang di lakukan oleh sahabat ana yang belajar di usim..
usrah yang disampaikan haruslah disampaikan secara sistematik...baru lah kita boleh melahirkan generasi yang boleh membawa islam maju ke hadapan seiring dengan arus globalisasi...dan mampu untuk berhadapan walaupun jalan yang mereka lalui penuh dengan onak dan duri...mereka tetap akan lalui berbekalkan iman,amal dan mahabbah(kasih sayang) dan ukhwah(persaudaraan).berpandukan kekuatan iman,kekuatan akidah dan kekuatan berjemaah itu sendiri.
DAKWAH..
Jalan dakwah hanya satu.....
jalan dakwah yang di maksudkan ialah jalan dakwah yang telah dilalui oleh RASULULLAH s.a.w yang tercintai bersama para sahabat.begitu juga dengan kita dan para pendakwah sama2 kita lalui berpandukan taufik dari ALLAH S.W.T...
setiap ahli harus tahu cara2 dakwah bagaimana yang di lalui oleh rasulullah,tugas dan kepentinganya berdakwah.

setiap ahli usrah juga harus di sedarkan dengan isu2 semasa dunia...
bagaimanakah keadaan dunia sekarang...
di sini lah kita lemah..kantoi dalam isu2 semasa...
ahli kurang memahami dan mengambil tahu keadaan dunia...
bagaimana kita nak berdakwah...sekiranya keadaan dunia kita tidak tahu..
seterusnya sirah rasulullah,ilmu Fekah,tafsir,hadis,ilmu tasauf dan yang terakhir muhasabah.setiap ahli usrah harus memahami semua ini...barulah kita boleh melahirkan generasi yang mampu berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang akan datang..


Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.....

sekadar perkongsian bersama....





Sunday, March 8, 2009

KU PILIH JALAN MU.....


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

PPSMI : Matlamat Tidak Menghalalkan Cara


Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) adalah satu cubaan untuk membuat revolusi baru, tetapi banyak daripada hasil kajian yang dilakukan menunjukkan negatif dan mengecewakan.

Matlamat PPSMI ini jika dilihat memang baik agar anak-anak bangsa mahir dalam berbahasa Inggeris, tetapi caranya tidak relevan, sebenarnya ada banyak alternatif lain yang lebih praktikal dan mudah untuk dilakukan disamping dapat meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah, malah tidak menyentuh sensitiviti dan kedaulatan bahasa Melayu, Oleh yang demikian, perlaksanaan (PPSMI) ini sewajarnya dimansuhkan.

Antara alternatif lain yang saya maksudkan ialah:

1-Membuat kelas tambahan bahasa Inggeris secara percuma di seluruh negara. (Bila PPSMI diwajibkan, kasihan melihat ibu bapa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang mahu menanggung kos tusyen bahasa Ingggeris anak mereka semata-mata, lebih-lebih lagi lagi jika anak yatim, pasti lagi terbeban).
2-Mengkaji dan mempelbagaikan bentuk pengajaran bahasa Inggeris agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar Inggeris. (bukannya seperti diktator anda tidak belajar inggeris maka anda akan gagal Sains dan Matematik)
3-Memudahkan silibus bahasa Inggeris.(Kebanyakkan pelajar boring bahasa inggeris kerana terlalu susah)
4-Mewujudkan pasaran buku-buku Melayu yang ada terjemahan Inggeris disebelahnya (Supaya golongan muda tertarik dan minat membaca buku Bahasa Melayu disamping mengusai bahasa inggeris terutamanya novel dan komik pasti mendapat sambutan)


Saya berpendapat ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan.....ternyata inilah politik mereka.

Justeru, saya dan seluruh rakyat Malaysia melihat (PPSMI) banyak merugikan bangsa Melayu daripada keuntungan dan kebaikkannya. Oleh itu, marilah kita bangkit bersama bagi memansuhkan (PPSMI) dari muka bumi ini. Saya sokong PERHIMPUNAN RAKSASA 100 RIBU dibuat.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun. Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya bahasa Melayu di muka bumi." A.Samad Said (Tokoh Sasterawan Negara)

Saturday, March 7, 2009

Selamat Menyambut Maulidurasul......

JALAN CINTA KU....




Cinta bagiku...tunggu dulu lah. Masih ada waktu. Hari itu, sahabat aku bertanya dalam satu perbualan telefon, "Ko ada bercinta dengan ustaz mana2 kat sana ke JU?". Terkezut aku dengar. "Eh, aku tak bercinta dengan siapa-siapa la". Sahabat aku bertanya semula, "Yeke? kenape? ko kan lawa..lain la aku ni" ceewah..pandai dia buat lawak ye. Pastu, aku katakan "orang lawa je ke yang layak bercinta?, tunggu dulu la yati, belum masanya lagi,nak sangat ke tengok aku di lamun cinta? tunggu Kad warna pink yang ada tulis "Walimatul Urusy", haa tu tandanya aku tengah bercinta la tu..hihihi".


Kalau aku tanya pada semua orang, siapa yang nak bercinta, semua pasti mahu. Rasa ingin di cintai FITRAH. Cuma HATI kita yang menentukan samada FITRAH itu akan menemui JALAN CINTA menuju ANUGERAH atau FITNAH. CINTA itu tak salah, tapi JALAN yang di pilih itu kena lihat. Syara' ke tak syara'. Boleh ke tak boleh.di sini la bnyk yg jatuh...mereka salah tafsir ttg FITRAH CINTA ni....


Fikir-fikirkan la ..sebuah perkongsian......





Thursday, March 5, 2009

ku damba kasih hanya pada mu YA ALLAH.....

Tak Puas Hati......


ana betul2 tak puas hati...klau ikut kan hati,nak aja ana pergi dari sini...
sabar enti...apa yg belaku ada hikmah disebaliknya...apa2 pun,banyakan bersabar ya....



ni la antara keluhan yang sering kita dengar...tak kira tempat...tak kira masa.....
rasa tidak puas.....?????
apa yg tak puas hatinya....????

sebelum tu...kita tgo dulu apa maksud tak puas hati ni...

" suatu sifat yang tidak senang akan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya."

rasa tak puas dengan nikmat yang orang lain perolehi......
ba.....jom....lihat

tips untuk menghilangkan penyakit ini....

1. Tidak Banyak Bicara

Terlalu banyak bicara dapat membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang omong besar(maaf ya guna bhsa indonesia plak) suka cakap besar,berbual kosong dan sebagainya. Banyak bicara dalam kebaikan boleh-boleh saja seperti untuk mengajar, memberi nasihat dengan teman, tetangga, keluarga, dan lain sebagainya.

2. Menjaga Emosi Dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh kerana itu kita sebaiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati ini. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu jabatan, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib ramadhan.

3. Selalu Mengingat Allah SWT

Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT yaitu seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas ancaman Allah SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.

4. Bergaul Dengan Orang Saleh / Soleh

Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat yang baik disadari atau tidak telah kita lakukan. Lain hal apabila kita bergaul dengan orang shaleh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus dalam maksiat.

Semoga kita selalu terhindar dari penyakit hati ini, serta masalah yang disebabkan olehnya....